Alpha lipid SDII & LifeLine

Jom jadi geng jajaSD2 :)

Khamis, 25 Ogos 2016

Manfaat menarik Chia Seed ( PESANAN : yg rasa nk kurus!!! )




Assalam....sayang2...semua...

Lama dah tak bersiaran....hari ni akak nak kongsikan sikit ...apa dia....jom...ikut.... ;)

Sejak dua menjak setelah terasa makin rasa berat plak badan sekarang , akak mulakan beberapa inisiatif baru untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat ( healthy lifestyle gitew) .
Sesuatu yang penting dalam pemilihan makanan, lagi lagi untuk berdiet ialah , mengambil kira makanan yang diambil tu bukan sahaja sihat , malah berupaya untuk memberikan beberapa lagi manfaat untuk tubuh badan disamping membantu untuk 'mencairkan lemak' dan memberikan tenaga. Tak lupa juga perlu untuk membantu korang rasa lebih kenyang . Bila rasa kenyang , tak ada lah craving nak makan benda merepek merepek sangat . Kan?
Untuk sarapan , aku utamakan pengambilan Chia Seed.
Kenapa Chia Seed?
Chia seed boleh dimakan secara begitu sahaja dan sesuai untuk di tambahkan kedalam apa jua makanan dan minuman. Selain daripada mengenyangkan (sebab chia seed ni akan mengembang , buatkan makanan/minuman lebih pekat & likat) , chia seed juga mengandungi pelbagai nutrisi. Jadinya , hanya dengan menambahkan beberapa sudu chia seed kedalam makanan korang, automatik sayang2 semua dapatkan nutritional benefit sekali. Tapi jangan lah tabur dalam burger mcd ke , dalam maggi ke , yang tak sihat tetap tak sihat hehe.

Antara MANFAAT Chia seed yang seronok didengar :
  • Membekalkan tenaga dan stamina
  • Menguatkan sistem ketahanan badan (immune system)
  • Dapat membantu mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan colon
  • Membantu untuk detox kan badan daripada sisa toxin
  • Dapat mencegah kanser
  • Baik untuk penghadaman
  • Merawat masalah sakit otot
  • Membantu kita mendapatkan kulit , rambut dan kuku yang lebih sihat

    DID YOU KNOW?Chia contains five times more calcium than milk, seven times more vitamin C than oranges, three times more iron than spinach , twice the pottasium content of banana and eight times more Omega 3 than salmon!




    Best je bila baca kelebihan chia seed ni kan? Kecik kecik cili padi orang kata . Part kurus dan kulit cantik tu memang buatkan gegirls semua tak sabar nak berlari untuk dapatkan Chia Seed kan?
     
    Sebenarnya ada banyak lagi manfaat chia seed ni , sayang2 semua boleh lah google untuk maklumat lanjut.
    Ada pelbagai cara dan resepi untuk menghasilkan makanan yang sedap sambil menikmati manfaat chia seed ni . Sayang2 semua boleh taburkan keatas roti , campurkan dalam smoothies , tambahkan kedalam air detox , ataupun dibuat puding. Nak masukkan dalam masakan lain pun boleh . 

    Chia seed ni tak ada rasa pun , cuma texture nya sahaja yang berbiji biji . Macam sayang2 semua makan 'bubble' dalam air coolblog tu. Rugi tau kalau tak mula tambahkan chia seed dalam menu korang harini. Kalau tak start harini , bila lagi?


    Untuk gegadis dan jejaka jejaki diluar sana yang berhasrat nak kuruskan badan , bolehlah amalkan chia seed kedalam diet korang . All the best !untuk sayang2 semua.....
    Nanti kita sambung lagi cerita ni okey....untuk permulaan....Mana nak dapatkan chia seed...boleh roge2 akak tauuuu
    Jaja 0123579708...ahakssss!!!!!! 



TERJAWABKAH PERSOALAN ANDA?