KUBANG PASU 1 Mei - Ha....Kerajaan tidak akan mengurangkan bilangan
penjawat awam yang kini berjumlah lebih 1.5 juta seperti diperkatakan
oleh pemimpin pembangkang jika mereka memerintah negara ini, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan tetap menjaga kebajikan penjawat awam walaupun pada masa sama pembangkang berhasrat untuk mengecilkan saiz perkhidmatan golongan tersebut.
"Kerajaan tidak ada cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Mereka membayangkan sekiranya dapat kuasa, ada yang berkata nak buang separuh daripada jumlah penjawat awam yang melebihi 1.5 juta ini.
"Mereka akan kecilkan saiz perkhidmatan penjawat awam tetapi kerajaan hari ini tidak ada cadangan sedemikian," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri menggariskan 5 prinsip yang perlu diamalkan oleh setiap penjawat awam demi memastikan transformasi negara berjalan lancar.
Beliau berkata, prinsip pertama adalah semua penjawat awan termasuk anggota pentadbiran perlu mempunyai ilmu agar mampu menjadi pemimpin di semua peringkat dengan cemerlang.
"Hal demikian kerana dunia berubah dengan pantas, jika kita ingin menjadi sebuah negara yang mampu mengemudi perubahan dengan pantas, budaya ilmu ialah asas pertama yang perlu kita ikuti. Kita perlu rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan pada diri kita," katanya.
Prinsip kedua pula kata Perdana Menteri, kebolehpercayaan yang meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat.
"Ini penting kalau rakyat biasa dari kampung datang jumpa kita, layan mereka dengan baik, kalau sesuatu yang munasabah dipohon patut kita beri kelulusan kepada mereka. Cara ini menambahkan kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.
Katanya, prinsip seterusnya ialah budaya amalan kerja terbaik yang merupakan cermin kepada kewibawaan penjawat awam dan penjawat awam mesti mempunyai semangat patriotik dan menunjukkan rasa cinta kepada negara.
"Prinsip kelima ialah budaya keberhasilan yang berteraskan hasil. Ini penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya.
Sempena majlis itu, Anugerah Bahagian CUEPACS Contoh dimenangi CUEPACS Pahang yang diterima Pengerusinya, Kamarulzaman Abdul Razak manakala bagi Anugerah Kesatuan
Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU) yang diwakilinya Presidennya, Rosni Aziz.

Semoga penjawat awam....akan lebih berjaya!!!!!!!!!!!!