Alpha lipid SDII & LifeLine

Jom jadi geng jajaSD2 :)

Memaparkan catatan dengan label DIET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIET. Papar semua catatan

Khamis, 3 Disember 2015

AMALAN MAKAN KETIKA BERDIET

Amalan mengambil makanan ketika berdiet...



Saya sering ditanya Soalan ini...

Ketika ambil Alphalipid SD11, bolehkah kita ambil Nasi?

Memang ini merupakan soalan yang paling "hot" setiap kali saya berjumpa pelanggan yang ingin membeli produk Alphalipid SD11..Ini kerana nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia, jadi meninggalkan nasi memang sesuatu yang amat susah untuk di lakukan.
Untuk permulaan , ketika mengambil produk Alphalipid SD11.ini, saya sarankan kalau boleh kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan minuman manis..
Lebih baik kalau tinggalkan buat sementara..

Nilai Karbohidrat yang anda boleh ambil sehari ialah 35g sahaja.

Kenapa anda kena berpantang Karbohidrat?
Dengan menghadkan pengambilan karbohidrat,badan akan mula membakar lemak di badan anda sebagai bahan api yang digunakan untuk anda membuat kerja seharian dan ia akan menyebabkan berat badan anda akan menyusut.

dan dalam masa yang sama, anda mesti mengambil lebih protein seperti daging, ayam dan ikan bagi menambahkan otot anda supaya tidak lembik.

Paling penting ialah anda tidak boleh berlapar , ini kerana jika anda lapar metabolisme anda akan menurun dan pembakaran.
lemak anda menjadi lambat, ini punca utama kenapa ramai orang tidak berjaya menurunkan berat badan dengan cepat.



Didalam Alphalipid SD11 terdapat ekstrak teh hijau yang akan membantu mencepatkan penurunan berat badan anda, selain dari itu setiap 2 scoop Alphalipid SD11 yang anda ambil mempunyai 10gm protein yang digunakan untuk keperluan harian anda.

Jadi ada 3 perkara Penting yang patut anda patuhi ketika mengambil Alphalipid SD11.

1. Elakan Karbohidrat
2. Makan makanan berprotein.
3. Jangan Berlapar

Dan bagi mempercepatkan lagi penurunan berat badan,anda boleh membuat senaman ringan seperti berjalan cepat,berbasikal dan berenang, ia akan membantu meningkatkan lagi metabolisme badan anda.
Berminat pm/sms/call : 0123579708 SEKARANG!!!!

Isnin, 14 September 2015

10 Peraturan Penting Dalam Diet SD2

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ? Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini :





1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)

Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.

(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)

Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)

Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.

(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.

(Drink at least 2 litre of water everyday)
7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.

(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)

Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)

Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.

(Dont assume any food is low in carbohydrate)

Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.

Khamis, 24 Julai 2014

Apa Itu Diet Yo-Yo??







Yo-yo effect ialah istilah yang diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell dari Yale University. Ia merujuk kepada keadaan di mana pergerakan turun naiknya berat badan seperti yo-yo dalam amalan diet penurunan berat badan.
Mereka kelihatan berjaya menurunkan berat badan, namun menghadapi masalah untuk mengekalkannya dalam jangka panjang; lalu penambahan berat berlaku semula. Kitar berulang apabila diet kembali diamalkan  untuk menurunkan berat badan sebab dari amalan pemakanan yang tidak betul.

Anda ingin diet,?????  lalu anda menolak beberapa jenis makanan contohnya seperti NASI.

Selepas beberapa lama, akibat dari diet yang melampau, anda berasa tertekan dan letih lalu anda kembali mengamalkan tabiat makan yang lama dengan perasaan marah kerana  berat anda gagal turun walaupun dengan diet ketat. Dan biasanya emosi berlebihan sering menyebabkan seseorang makan lebih banyak lalu penambahan berat badan berlaku semula.

Sebab tidak tahu bagaimana fisiologi tubuh semasa diet…pada kebanyakan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak, lalu metabolisme menjadi rendah.

Dengan cara apa sekalipun anda berdiet…senaman adalah diperlukan…!!!!

Jumaat, 28 Jun 2013

ALPHA LIPID SD2

Utk semua jika nak minum ALPHA LIPID SD2 sila baca dan ikut arahan yg diberi ini agar Program yg dilakukan akan berkesan dengan tetap dan cepat...
paling tinggi permintaan!!! Hubungi saya sekarang 012-3579708!!! whatsapp dialu2kan2....


Khamis, 27 Jun 2013

Mengatasi Masalah Plateau? Edisi 1

Cubalah berdiet sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja tidak lebih dari tiga (3) hari.

Sebenarnya anda boleh mencuba berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah ini dan anda kena bersikap terbuka untuk membuat ujikaji terhadap diri anda.

 Anda boleh meningkatkan kadar karbohidrat anda sekiranya anda kerap memakan karbohidrat yang rendah. Cuba berhenti jenis-jenis makanan yang meragukan dan hanya mengambil lauk-lauk sahaja seperti daging, ikan dan ayam serta sayur-sayuran hijau sahaja untuk beberapa hari. Berhenti memakan makanan tiruan seperti 'low carbohydrate bar'. Minumlah banyak air.
Namun begitu, sebelum anda mencuba mana-mana cadangan ini pastikan yang anda betul-betul ada masalah plateau dan bukan kerana kesalahan berdiet.Anda boleh mencuba salah satu teknik berikut dan juga pernah dicuba dan berjaya untuk mengatasi masalah plateau bagi sesetengah orang.

1. Jangan makan apa-apa selain sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama tiga (3) hari. Ini akan membantu supaya badan anda beralkali serta mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi khasiat yang tinggi. Makanlah sebanyak mana anda mahu dan boleh tambahkan lemak yang baik seperti minyak flaxseed, minyak zaiton dan butter. Selepas tempoh ini anda boleh mula berdiet SD2 se
mula dan pastikan anda mengikut semua peraturannya seperti biasa dan perhatikan jika anda ada perubahan dari segi penurunan berat anda.

Isnin, 10 Jun 2013

DAH MINUM ALSDII TAPI KENAPA BERAT TAK TURUN WALAUPUN DAH PENAT BERDIET??



Asyik cakap pasal produk jer..kali ni saya nak cerita, kenapa berat tak turun..... bukan produk Slim Diet2 yang tak jadik, tapi sebenarnya kesalahan yang tak disedari menyebabkan berat kita tak turun..

... ✿⊱╮Pertama:Air...


Air memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dalam penurunan berat badan kerana air boleh membantu untuk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi...... maksudnya.. air ni kosong nutrisi, tak ada carbs, atau lain-lain... jadi, rugi lah kalau kita minum air kurang.. belum lagi kira untuk buah pinggang... sebab tu jangan sesekali kurang air.. 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti..

✿⊱╮Kedua: Tidak cukup makan..


Ishhh, mane boleh macam ni, makan mesti cukup. Berapa kali nak cakap, jangan skip makan.. jangan berlapar... ada yang sampai sakit2 kepala pasal tak makan, ni dah salah... makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar. Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi... tambah lagi dengan exercise, lagi la tinggi...

✿⊱╮Ketiga: Karbohidrat tersembunyi...


Ini biasanya datang daripada kuah yang kita tak perasan ada carbs yang tinggi.. sila check bab kuah ye...plus, kita mesti baca label betul-betul...teliti betul-betul kandungan karbohidrat tu.. yang pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus..

✿⊱╮Keempat:Yang pasti SLIM DIET 2 wajib di ambil 2 scoop 4x sehari..


pasal ada yang nak jimat dengan mengambil 3x sehari sahaj.. so macam mana nak turun cepat kalau dos kurang.. tak yah jimat lah.. nak turun berat cepat ke lambat..?? lepas tu complain kata SD2 tak berkesan..

JAdiiiii.. mulai hari ini.. pastikan keempat-empat tips tu buat betul-betul.. barulah dapat bentuk badan idaman.. . INGAT MATLAMAT ANDA!!!...." KENAPA AKU NAK TURUNKAN BERAT BADAN?


sELAMAT Berjaya ....!!!!!

DIET PROTEIN ONLY????


Dalam program body weight management nie kena makan ye x perlu berlapar..MESTI MAKAN ye. Kalau berlapar, badan akan kekurangan tenaga untuk memulakan pembakaran lemak sebab otak telah memberi signal impuls kepada badan utk melakukan penggunaan tenaga dengan sedikit. Maka, kita kurang bertenaga dan pembakaran lemak akan perlahan.  Letih kan....






 

Kita juga kenalah pantang untuk mengambil karbohidrat yang berat dan TAK MAU GULA  ok!!  Sebab alang2 kita berdiet n guna produk ni mestilah kita nak hasil maksimum!!!. Produk dah boleh bantu mangkinkan pembakaran lemak, tapi kalau kita tak jaga kemasukan karbohidrat dalam badan kita, tak berkesan lah! berat turun perlahan macam naik keta lembu! :P hehe

SEBABNYA?? kerana badan kita membakar apa yang tengah masuk badan kita bukan lemak yang ada badan kita, jadi tiada penurunan yg akan berlaku! sedih tak ?? Aduyaiiiii... :)

MESTI TAHU: BAGAIMANA LEMAK BADAN TERJADI?

Makanan yang kita makan mencetuskan pelbagai tindak balas di dalam badan kita. Makanan yang tinggi dalam karbohidrat ditapis atau gulanya dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa dan diserap ke dalam darah dengan cepat. Badan bertindak balas kepada peningkatan glukosa darah ini, dengan melepaskan insulin yang cukup untuk mengeluarkan glukosa daripada darah dan memasukkannya ke dalam sel untuk tenaga, atau menyimpan untuk kegunaan kemudian. Cuba teka dalam bentuk apa ianya sering disimpan? Ya betul, lemak!

So, jaga permakanan yg sihat, amalkan makan lauk2 kaya dengan protein dan sayur! 
PERUMPAMAAN UNGGUN API
Bayangkan macam ni pembakaran
 lemak sama dengan buat unggun api :)

Wajib ada
Protien+Carb (makanan) = kayu api
metabolisme badan = Api (kekuatan bergantung kepada faktor umur)

Perlu ada
Alpha Lipid SD2 = minyak tanah (pemangkin)
Workout = kipas (angin)

Semua di atas adalah perlu untuk pembakaran lemak yg effective.

Jumaat, 10 Mei 2013

PENURUNAN DALAM KG & PENGECILAN SAIZ BADAN KETIKA BERDIET ALSD2


KAITAN PENURUNAN DALAM KG & PENGECILAN SAIZ BADAN KETIKA BERDIET ALSD2

Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kil...o seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..

1. Berat Air

Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.

2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot

Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.

3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus

Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.

Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.

4. Menghampiri Berat idaman Anda

Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu' untuk anda.
untuk pertanyaan lanjut pm sms call whatsapp 012-3579708

TERJAWABKAH PERSOALAN ANDA?