Alpha lipid SDII & LifeLine

Jom jadi geng jajaSD2 :)

Khamis, 24 Julai 2014

Apa Itu Diet Yo-Yo??







Yo-yo effect ialah istilah yang diperkenalkan oleh Kelly D. Brownell dari Yale University. Ia merujuk kepada keadaan di mana pergerakan turun naiknya berat badan seperti yo-yo dalam amalan diet penurunan berat badan.
Mereka kelihatan berjaya menurunkan berat badan, namun menghadapi masalah untuk mengekalkannya dalam jangka panjang; lalu penambahan berat berlaku semula. Kitar berulang apabila diet kembali diamalkan  untuk menurunkan berat badan sebab dari amalan pemakanan yang tidak betul.

Anda ingin diet,?????  lalu anda menolak beberapa jenis makanan contohnya seperti NASI.

Selepas beberapa lama, akibat dari diet yang melampau, anda berasa tertekan dan letih lalu anda kembali mengamalkan tabiat makan yang lama dengan perasaan marah kerana  berat anda gagal turun walaupun dengan diet ketat. Dan biasanya emosi berlebihan sering menyebabkan seseorang makan lebih banyak lalu penambahan berat badan berlaku semula.

Sebab tidak tahu bagaimana fisiologi tubuh semasa diet…pada kebanyakan diet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita hilang keupayaan untuk membakar lemak, lalu metabolisme menjadi rendah.

Dengan cara apa sekalipun anda berdiet…senaman adalah diperlukan…!!!!

Tiada ulasan:

TERJAWABKAH PERSOALAN ANDA?