Alpha LipidTM Bee Venom Intensive Anti-Aging Moisturising Cream
Penuaan tidak begitu menakutkan lagi…
Faedah-faedah:
- Alpha LipidTM Bee Venom Intensive Anti-Aging Moisturising Cream merupakan kosmetik dengan pelbagai fungsi. Ia merangsang pengeluaran Kolagen dan Elastin dari badan sendiri – faktor-faktor utama untuk memulihkan wajah yang lebih muda dan sihat dengan mengurangkan garis-garis dan kedutan. Ia berfungsi secara harmoni dengan sistem badan dan tidak invasif atau menyakitkan seperti pembedahan, pengelupasan kulit atau suntikan
- Alpha Lipid™ Bee Venom Intensive Anti-Aging Moisturising Cream adalah satu-satunya produk penjagaan kulit dengan kandungan Alpha Lipid™ Kolostrum dari New Zealand yang membekalkan TFP (Transformasi Faktor Pertumbuhan) untuk menggalakkan pembaikan dan pembaharuan sel kulit.
Bahan-bahan aktif yang utama:
- Bee Venom
- Minyak eksotik semula jadi seperti jojoba, badam, biji macadamia,
- Madu Manuka
- Evening Primrose
- Shea Butter
Bagaimana New Image mengekstrak Venom Lebah?
Venom lebah diekstrak apabila lebah mendarat pada anak tetingkap kaca yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Lebah bertindak balas dengan menyengat kaca dan meninggalkan venom tanpa perlu mengorbankan nyawanya.
Cara penggunaan:
Produk ini sesuai untuk kaum lelaki dan wanita kecuali mereka yang alah terhadap sengatan lebah. Sebelum menggunakan produk ini, kami mencadangkan anda melakukan ujian kecil pada kulit anda dan tunggu selama 20 minit. Sekiranya tiada kesan negatif, maka anda boleh terus menyapukan pada kulit muka. Kulit setiap individu adalah unik. Perasaan menggelenyar pada kulit adalah normal.
Produk ini juga boleh digunakan sebagai Krim Malam. Sapukan pada muka dan leher dan biarkan semalaman. Pada waktu pagi gunakannya sebagai Krim Siang. Untuk hasil yang terbaik, gunakan dua kali sehari dan gunakan produk dalam tempoh 12 bulan selepas dibuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan