Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main
Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU)
menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan"
tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy)
"menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial
milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di
Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui
perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan
penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China,
apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib"
dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang
kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.
Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut,
sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik
sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang
dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu
kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.
Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila
dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan”
itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera
Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan
Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang
mencurigakan"
Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident
Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s)
dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui
oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting
meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di
atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera
memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS)
kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah"
akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal
tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih
tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan
MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan
International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau
Hainan)
Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di
Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly,
Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah
dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta
melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego
Garcia.
Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan
penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang
sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China
Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.
Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun
2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan
dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan
perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan
apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.
Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan
Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya
berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini
dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang
berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional
dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak
jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.
Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem
komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden
Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07
pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan
altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU
media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot
radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada
rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera
AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini
mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan
penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan"
Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian
selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan"
penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan
anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon,
tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak
berlaku.
Perlu percaya atau tidak...tepuk dada tanya selera.....
Kredit to : Bicara Dunia....