Banyak juga soalan-soalan yang saya dapat
berkenaan memakan kacang semasa berdiet SD2. Selalunya saya menasihatkan bahawa
fasa yang selamat untuk mula memakan kacang adalah selepas waktu induksi atau
selepas 2 minggu pertama ketika berdiet. Apabila melepasi fasa ini, anda boleh
menghadiahkan diri anda dengan memakan 30 gram kekacang atau bijian kedalam menu
pemakanan anda setiap hari dan perhatikan jika ada perubahan kepada ujian
ketostix anda.
Kacang mengandungi protien, lemak dan
karbohidrat dan sebahagian besar karbohidrat itu adalah fiber atau serat.
Memanglah anda masih perlu mengira berapa jumlah Net Carbs yang anda perlu makan
supaya tak melebihi had karbohidrat yang anda boleh makan sehari.
Kebanyakan kacang boleh diterima dan kacang macadamia mengandungi ratio
tertinggi antara lemak kepada karbohidrat. Kacang gajus (cahews) dan kacang
tanah (peanuts) mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Jadi pilihan
yang baik adalah kacang macadamia, almonds, pecans, hazelnut, pine nuts dan
walnuts pada waktu permulaan. Boleh juga untuk mencuba biji kuaci dan biji bunga
matahari yang menambah kesedapan salads dan sayuran yang dimasak.
Kekacang dan bijian ini juga mengandungi zat makanan yang tinggi. Almonds,
biji bunga matahari dan hazelnet adalah kaya dengan Vitamin E. Kacang juga
mengandungi banyak zat pemakanan yang lain seperti niacin, vitamin B6, folic
asid, magnesium, zink, copper dan pottasium beserta beberapa lagi zat
tumbuh-tumbuhan (phyto-chemicals) termasuk bahan-bahan anti-oksida.
Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pemakanan kacang dan bijian
boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang selalu memakan kacang
menghadapi kurang risiko penyakit jantung dari orang yang tidak memakan kacang
atau bijian yang mengandungi minyak/lemak. Lemak monounsaturated adalah yang
sebenarnya bahan yang menyebabkan kacang ini baik untuk kesihatan kita. Orang
yang mengikuti diet yang rendah lemak selalunya menghindari kekacang dalam
pemakanan mereka dan ini akan menghadkan diri mereka dari sumber asid lemak
omega dan khasiat pemakanan yang lain.
Pastikan anda tidak memakan kacang yang disalut gula atau madu. Apabila
memakan kacang, anda haruslah juga berhati-hati kerana seperti kentang goreng
atau makanan segera yang lain, anda susah nak berhenti apabila sudah mula
memakannya. Oleh itu jangan mengambil kacang dari tin atau kantung yang besar.
Jika nak selamat, asingkan dahulu jumlah yang anda boleh makan sehari dan makan
sebanyak itu sahaja.
Ini adalah lebihkurang jumlah 30 gram kekacang atau bijian yang anda boleh
makan sehari:
- 24 biji almonds
- 18 biji cashews
- 20 biji hazelnuts
- 10-12 biji macadamia saiz sederhana
- 28 biji kacang tanah
- 47 biji kacang pistachios
- 1 sudu besar biji labu/tembikai
- 3 sudu besar biji bungamatahari
Baca dahulu kandungan nutrisi pemakanan kacang yang anda hendak makan, lihat saiz hidangannya dan buatlah sedikit perkiraan untuk memastikan berapa biji yang boleh anda makan sebelum memakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan