Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ? Berikut adalah
peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah
peraturan-peraturan ini :
1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.
2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.
3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam,
itik, makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang
dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2
sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.
4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)
Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20
gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda
boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap
orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan
pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih
belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung
didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita
juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau
karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat
setiap hari.
5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN
BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN
GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES,
LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS
PROGRAM)
6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
(Drink at least 2 litre of water everyday)
7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.
8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau
acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia
adalah lebih organik dan semulajadi.
9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.
10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah
karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada
setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat
(carbohydrate gram counter).
Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh
pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan
untuk berjaya. Lakukanlah setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum
anda melakukan versi peraturan anda sendiri.