Alpha lipid SDII & LifeLine

Jom jadi geng jajaSD2 :)

Selasa, 23 April 2013

MENU SIHAT UNTUK 7 HARI BER SD2?????

Entri kali ni saya nak kongsikan satu menu diet untuk mereka yang nak slim dan kurus.. Boleh cuba kongsikan dengan kawan-kawan.. Yang paling bagus skali kalau kita ni sebagai suri rumah, kita yang menentukan apa yang anak dan suami makan.. masak apa saja yang menyelerakan tapi masakan tu kenalah menu diet yang sihat..kan...

Hari ini saya nak kongsi Menu Diet untuk mereka yang baru aje nak mula berdiet tapi pastikan jangan berlapar tau.. kena makan baru jadi kurus..

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya.
  • Selain itu, anda disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Anda tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang anda mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … )
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Anda juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau ikan , 6 biji tomato dan juga sup , masih tak ada nasi lagi tau)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Anda dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6 biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup)
  • Anda dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis steak kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
=~>> Jom.. kita cuba menu diet nih… nantikan post-post tebaru..

Tiada ulasan:

TERJAWABKAH PERSOALAN ANDA?